Assalamu'alaikum w.b.t.
Kepada ibu bapa/waris/penjaga
Adalah dimaklumkan bahawa pihak disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah telah pun menggariskan peraturan dan undang-undang yang perlu diberi perhatian dan tindakan oleh pihak tuan terutama sewaktu datang melawat pelajar.
1. Tidak dibenarkan selalu pulang ke rumah, kecuali dengan kebenaran guru atas sebab yang tertentu.
2. Waris tidak dibenarkan datang setiap minggu untuk melawat kerana boleh mengganggu proses pembelajaran pelajar.
3. Masa lawatan atau menghantar kembali pelajar ke asrama sebelum jam 6.45 petang.
4. Waris hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat ketika melawat sebagai menghormati tempat pengajian Al-Quran.
5. Sebarang masalah berkaitan pelajar hendaklah dirunding secara elok bagi menjamin hubungan antara waris dan guru.
6. Percaya dan memberi sokongan kepada pihak Maahad ini dalam usaha melahirkan generasi Huffaz yang cemerlang dan mendapat redha Allah s.w.t.
Segala peraturan yang tersebut di atas adalah bertujuan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada bagi menjamin kualiti pelajar dan pihak sekolah. Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Barakallah.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Yang menjalankan tugas,
USTAZ MUSTHAFA KAMAL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment